Wednesday, 26 November 2014

Assalamualaikum... Nama saya Mohd Fariz Bin Rowther dan selamat datang ke blog saya :-)

     Blog saya ini berkenaan dengan majlis yang berlaku di Island College of Technology (ICT) pada tahun 2014...

          Pada tahun ini ICT telah membuat pelbagai majlis yang menarik antaranya ialah Majlis Malam Masquerade di Copthorne Orchid Hotel Penang. Majlis Masquerade ini dibuat sebagai suatu majlis kebajikan dimana wang kutipannya didermakan kepada anak-anak yatim di balik pulau. Majlis ini bermula dari jam 7 p.m. - 12 a.m. Ramai warga ICT dan juga kaki tangan kolej yang hadir ke majlis ini untuk memeriahkanya lagi.


          Seramai 112 warga ICT termasuk kaki tangan kolej yang telah hadir untuk memeriahkan majlis tersebut. Dalam majlis tersebut turut hadir juga pendaftar ICT En. Abdul Halim dan juga Dr Zakaria. Majlis amat meriah sehingga kami tidak sedar masa berlalu. Makanan yang dihidangkan adalah makanan ala barat yang sedap tiada tandingan dan kita boleh ambil sebanyak mana yang kita mahu tanpa had.


          Dalam majlis tersebut terdapat pelbagai aktiviti menarik seperti pertandingan fesyen, karaoeke, ratu cantik, pakaian paling cantik, hotBox dan banyak lagi aktiviti menarik. Kesemua hadirin berpuas hati dengan crew Khairil Ikhwan dan rakan-rakanya yang bekerja keras untuk menjayakan majlis tersebut tanpa sebarang masalah atau kekurangan. Moga crew Khairil Ikhwan dapat membuat majlis yang lebih menarik lagi di masa akan datang...






      


No comments:

Post a Comment